Skip to main content

PENYAMPAIAN KURNIAAN DYAM TUNKU MAHKOTA JOHOR

Admin
April 19, 2022

Yang Berbahagia Tuan Haji Zainor Bin Haji Adani, Pegawai Daerah Kulai telah menyerahkan penyampaian sumbangan Duli Yang Amat Mulia Tunku Mahkota Johor (TMJ) Fasa Dua Bulan April 2022 kepada beberapa keluarga di Mukim Sedenak, semalam.

Turut serta dalam penyerahan kurniaan ini ialah Kadi Daerah Kulai; Ketua Penolong Pegawai Daerah Kulai, Amin Baitulmal Daerah Kulai, JKM Kulai, Penghulu-Penghulu Mukim dan Ketua-Ketua Kampung yang terlibat.

Kurniaan ini adalah untuk membantu meringankan beban dan kesulitan hidup yang dihadapi oleh keluarga-keluarga yang serba memerlukan dan terjejas akibat wabak pandemik Covid-19.

© DYAM Pemangku Sultan Johor. Hakcipta Terpelihara.