PENYAMPAIAN KURNIAAN DYAM TUNKU MAHKOTA JOHOR
By admin
Ogos 09, 2021
Yang Berbahagia Tuan Haji Zainor Bin Haji Adani, Pegawai Daerah Kulai telah menyerahkan penyampaian sumbangan Duli Yang Amat Mulia Tunku Mahkota Johor (TMJ) Fasa Satu Bulan Ogos 2021 kepada beberapa keluarga di Mukim Sedenak dan Mukim Bukit Batu, hari ini.
Turut serta dalam penyerahan sumbangan ini ialah Ketua Penolong Pegawai Daerah Kulai, Penolong Pegawai Daerah Kulai, wakil Pegawai Jabatan Kebajikan Masyarakat Daerah Kulai, Amin Baitulmal Daerah Kulai, Penghulu-Penghulu Mukim dan Ketua-Ketua Kampung yang terlibat.
Kurnian DYAM Tunku Mahkota Johor adalah untuk membantu meringankan beban dan kesulitan hidup yang dihadapi oleh keluarga-keluarga yang serba memerlukan.