Skip to main content

PENYAMPAIAN KURNIAAN DYAM TUNKU MAHKOTA JOHOR BAGI BULAN MEI FASA 2, TAHUN 2021 DAERAH KULAI

admin
Mei 17, 2021

Pegawai Daerah Kulai, Tuan Haji Zainor Bin Haji Adani telah menyerahkan penyampaian sumbangan Duli Yang Amat Mulia Tunku Mahkota Johor (TMJ) Fasa Dua Bulan Mei 2021 kepada satu keluarga di Mukim Kulai dan dua keluarga di Mukim Senai, petang semalam.

Turut serta dalam penyerahan sumbangan ini ialah Pegawai Jabatan Kebajikan Masyarakat Daerah Kulai, Amin Baitulmal Daerah Kulai, Penghulu-Penghulu Mukim dan Ketua-Ketua Kampung yang terlibat.

Kami berharap sumbangan DYAM TMJ ini dapat meringankan beban yang ditanggung oleh enam keluarga penerima ini.

© DYAM Pemangku Sultan Johor. Hakcipta Terpelihara.