PENYAMPAIAN KURNIAAN DYAM TUNKU MAHKOTA JOHOR DI DAERAH KOTA TINGGI
By Admin
Mac 19, 2023
Puan Noor Nabilah binti Masnawi, Penolong Pegawai Daerah, wakil rasmi Pegawai Daerah Kota Tinggi telah menyempurnakan kurniaan DYAM Tunku Mahkota Johor di Mukim Sedili Besar, Daerah Kota Tinggi.
Kurniaan ini merupakan Inisiatif DYAM Tunku Mahkota Johor yang menyasarkan penerima kurniaan adalah dikalangan keluarga yang daif, golongan asnaf Orang Kurang Upaya (OKU) juga individu daripada pelbagai bangsa dan agama yang memerlukan.