PENYAMPAIAN KURNIAAN DYAM TUNKU MAHKOTA JOHOR DI DAERAH KOTA TINGGI
By Admin
YBhg. Puan Hajah Hazlina binti Jalil, Pegawai Daerah Kota Tinggi, telah menyempurnakan kurniaan DYAM Tunku Mahkota Johor bagi bulan November 2021 kepada tiga buah masjid di Daerah Kota Tinggi kepada Pihak Jawatankuasa Pengurusan Masjid.
Kurniaan DYAM Tunku Mahkota Johor ini adalah diharapkan dapat menambahbaik pengurusan institusi masjid dalam daerah terutama yg memerlukan seperti pembaikan siling dan atap yang bocor serta menaiktaraf sistem audio masjid.
Antara masjid yang menerima kurniaan berikut adalah;
1) Masjid Al-Nur, Kampung Tanjung Buai, Teluk Sengat, Mukim Johor Lama
2) Masjid Kampung Sungai Layau, Mukim Tanjung Surat
3) Masjid Kampung Pasir Gogok, Bandar Penawar, Mukim Pengerang
Turut serta dalam sesi penyerahan tersebut, Wakil Pejabat Kadi Daerah Kota Tinggi, Penolong Pegawai Daerah, Penghulu-Penghulu Mukim dan Pihak Pengurusan Masjid yang terlibat.