Skip to main content

PENYAMPAIAN KURNIAAN DYAM TUNKU MAHKOTA JOHOR DI DAERAH MERSING

admin
September 08, 2021

Tuan Pegawai Daerah Mersing, Tuan Haji Mohd Radzi Bin Haji Mohd Amin telah menyempurnakan kurniaan DYAM Tunku Mahkota Johor kepada tiga belas (13) penerima di Daerah Mersing Bagi Bulan Ogos (Fasa 4) Dan September (Fasa 1) Tahun 2021.

Turut serta dalam penyerahan sumbangan ini ialah Encik Mohammad Alif Bin Abdul Fa’tas, Penolong Pegawai Daerah Mersing, Pejabat Kadi Daerah Mersing, Jabatan Kebajikan Masyarakat Daerah Mersing, YPK Daerah Mersing, dan Penghulu-Penghulu Mukim.

Kurniaan DYAM Tunku Mahkota Johor merupakan inisiatif baginda yang menitikberatkan kebajikan dan kesejahteraan rakyat serta bagi meringankan beban kepada golongan sasaran iaitu mereka yang dhaif, golongan asnaf, serta terpaksa menghadapi cabaran hidup yang getir seperti penyakit, kemiskinan dan tiada pekerjaan.

Menjunjung Setinggi-Tinggi Kasih DYAM Tunku Mahkota Johor atas kurniaan tersebut. Semoga setiap penerima akan terus tabah dan cekal serta mampu meneruskan kesinambungan hidup yang lebih baik pada masa akan datang.

© DYAM Pemangku Sultan Johor. Hakcipta Terpelihara.