Skip to main content

PENYAMPAIAN KURNIAAN DYAM TUNKU MAHKOTA JOHOR DI DAERAH MERSING

Admin
Mac 16, 2022

Encik Muhammad Shahril Azizi Bin Abd Gapar, Pentadbir Tanah Daerah Mersing selaku wakil rasmi Pegawai Daerah Mersing telah menyempurnakan kurniaan DYAM Tunku Mahkota Johor kepada beberapa keluarga yang memerlukan di Mukim Mersing bagi bulan Februari Fasa 2 Tahun 2022.

Kurniaan DYAM Tunku Mahkota Johor merupakan inisiatif baginda yang menitikberatkan kebajikan dan kesejahteraan rakyat serta bagi meringankan beban kepada golongan sasaran iaitu mereka yang dhaif, golongan asnaf, serta terpaksa menghadapi cabaran hidup yang getir seperti penyakit, kemiskinan dan tiada pekerjaan.

Turut serta dalam penyerahan kurnian ini ialah Penolong Pegawai Daerah Mersing, Penghulu Kanan Daerah Mersing, Penghulu Mukim Mersing dan ketua-ketua kampung.

© DYAM Pemangku Sultan Johor. Hakcipta Terpelihara.