Skip to main content

PENYAMPAIAN KURNIAAN DYAM TUNKU MAHKOTA JOHOR KEPADA BEBERAPA KELUARGA DI MUKIM SENAI

Admin
Jun 25, 2023

Yang Berhagia Tuan Haji Zainor Bin Adani, Pegawai Daerah Kulai telah menyerahkan penyampaian sumbangan Duli Yang Amat Mulia Tunku Mahkota Johor (TMJ) kepada beberapa keluarga di Mukim Senai.

Turut serta dalam penyerahan kurniaan ini ialah Ketua Penolong Pegawai Daerah, Penolong Pegawai Daerah Kulai (Fizikal), Amin Baitulmal Daerah Kulai, Imam Daerah Kulai, Penghulu Mukim Senai dan Ketua Kampung yang terlibat.

Turut menerima kurniaan daripada DYAM Tunku Mahkota Johor ialah masjid dan surau di Daerah Kulai. Antara surau yang terlibat Surau Tmn Aman; Surau Tmn Dawani dan Surau Tmn Damai Senai.

Kurnian DYAM Tunku Mahkota Johor ini adalah untuk membantu meringankan beban dan kesulitan hidup yang dihadapi oleh keluarga-keluarga yang serba memerlukan seperti keluarga miskin dan daif, kehilangan pendapatan, pesakit kronik, OKU dan mereka yang difikirkan layak.

© DYAM Pemangku Sultan Johor. Hakcipta Terpelihara.