Skip to main content

PENYAMPAIAN KURNIAAN DYAM TUNKU MAHKOTA JOHOR

admin
Ogos 05, 2021

Yang Berbahagia Tuan Haji Zainor Bin Haji Adani, Pegawai Daerah Kulai telah menyerahkan penyampaian sumbangan Duli Yang Amat Mulia Tunku Mahkota Johor (TMJ) Fasa Tiga Bulan Julai 2021 kepada beberapa keluarga di Mukim Kulai dan Mukim Senai, hari ini.

Turut serta dalam penyerahan sumbangan ini ialah Pengerusi Jawatankuasa Datuk Hj Mohd Jafni Md Shukor, Penyelaras Khas DUN (JPKD) Bukit Batu, ; En Abdul Rahman Bin Abdullah, Penyelaras JPKD Senai, Ketua Penolong Pegawai Daerah Kulai, Penolong Pegawai Daerah Kulai, Pegawai Jabatan Kebajikan Masyarakat Daerah Kulai, Amin Baitulmal Daerah Kulai dan Penghulu-Penghulu Mukim.

Kurnian DYAM Tunku Mahkota Johor adalah untuk membantu meringankan beban dan kesulitan hidup yang dihadapi oleh keluarga-keluarga yang serba memerlukan.

© DYAM Pemangku Sultan Johor. Hakcipta Terpelihara.