Skip to main content

PENYERAHAN KURNIAAN DULI YANG AMAT MULIA TUNKU MAHKOTA JOHOR BAGI DAERAH TANGKAK

Admin
Mei 16, 2022

Penyerahan kurniaan DYAM Tunku Mahkota Johor dan sesi kunjungan ke kediaman beberapa keluarga yang kurang bernasib baik di Mukim Serom, Kesang dan Kundang telah disempurnakan oleh Encik Azman Bin Haji Mohamed Shah selaku Pegawai Daerah Tangkak.

Inisiatif Tunku Mahkota Johor ini menyasarkan penerima daripada kalangan keluarga yang daif, asnaf atau individu yang betul-betul memerlukan tanpa keterbatasan.

Bagi fasa ini, penerima adalah daripada golongan warga emas, ahli isi rumah OKU, pesakit darah tinggi, kencing manis serta masalah jantung.

Turut serta dalam penyerahan ini, Penolong Pegawai Daerah Tangkak, Penghulu-penghulu Mukim, Ketua-ketua Kampung serta warga kerja Pejabat Daerah Tangkak.

Semua penerima mendoakan agar DYMM Sultan Johor, DYMM Permaisuri Johor dan DYAM Tunku Mahkota Johor serta semua Kerabat Diraja diberikan perlindungan dan kesihatan oleh Allah SWT. Penerima menjunjung kasih atas kurniaan sumbangan DYAM Tunku Mahkota Johor dan semoga pemberian ini serba sedikit dapat meringankan beban mereka.

© DYAM Pemangku Sultan Johor. Hakcipta Terpelihara.