PENYERAHAN KURNIAAN DULI YANG AMAT MULIA TUNKU MAHKOTA JOHOR BAGI DAERAH TANGKAK
By Admin
Penyerahan kurniaan DYAM Tunku Mahkota Johor dan sesi kunjungan ke kediaman beberapa keluarga yang kurang bernasib baik di mukim Grisek dan mukim Bukit Serampang yang telah disempurnakan oleh Encik Azman Bin Haji Mohamed Shah selaku Pegawai Daerah Tangkak.
Inisiatif DYAM Tunku Mahkota Johor ini menyasarkan penerima daripada kalangan keluarga yang daif, asnaf atau individu yang betul-betul memerlukan tanpa keterbatasan.
Bagi fasa ini, penerima adalah daripada golongan warga emas, pesakit strok, pesakit kanser, pesakit tulang belakang, masalah ketumbuhan pada otak serta darah tinggi dan kencing manis yang memerlukan rawatan berkala.
Turut serta dalam penyerahan ini, Penghulu Kanan, Penghulu-penghulu Mukim, Ketua-ketua Kampung serta warga kerja Pejabat Daerah Tangkak.