PENYERAHAN KURNIAAN DULI YANG AMAT MULIA TUNKU MAHKOTA JOHOR BAGI DAERAH TANGKAK
By Admin
Mac 01, 2023
Penyerahan kurniaan DYAM Tunku Mahkota Johor dan sesi kunjungan ke kediaman beberapa keluarga yang kurang bernasib baik di daerah Tangkak telah disempurnakan oleh Encik Azman Bin Haji Mohamed Shah selaku Pegawai Daerah Tangkak.
Inisiatif DYAM Tunku Mahkota Johor ini menyasarkan penerima daripada kalangan keluarga yang daif, asnaf atau individu yang betul-betul memerlukan tanpa keterbatasan bangsa dan agama.
Bagi fasa ini, kurniaan diserahkan kepada ibu tunggal, OKU (mental) serta pesakit kanser yang memerlukan rawatan.
Turut serta dalam penyerahan ini adakah Penolong Pegawai Daerah Tangkak (Pembangunan Masyarakat), Penghulu Kanan, Ketua Kampung yang terlibat serta warga kerja Pejabat Daerah Tangkak.