Skip to main content

PENYERAHAN KURNIAAN DULI YANG AMAT MULIA TUNKU MAHKOTA JOHOR BAGI DAERAH TANGKAK

Admin
Mac 12, 2023

Penyerahan kurniaan DYAM Tunku Mahkota Johor dan sesi kunjungan ke kediaman beberapa keluarga yang kurang bernasib baik di Daerah Tangkak yang telah disempurnakan oleh Encik Azman Bin Haji Mohamed Shah selaku Pegawai Daerah Tangkak.

Inisiatif Tunku Mahkota Johor ini menyasarkan penerima daripada kalangan keluarga yang daif, asnaf atau individu yang betul-betul memerlukan tanpa keterbatasan bangsa dan agama.

Bagi fasa ini, kurniaan diserahkan kepada golongan warga emas, keluarga yang kurang berkemampuan serta pesakit kronik seperti masalah jantung yang memerlukan rawatan.

Turut serta dalam penyerahan ini, Penolong Pegawai Daerah Tangkak (Pembangunan Masyarakat), Penghulu-penghulu mukim, Ketua Kampung yang terlibat serta warga kerja Pejabat Daerah Tangkak.

© DYAM Pemangku Sultan Johor. Hakcipta Terpelihara.