Skip to main content

PENYERAHAN KURNIAAN DULI YANG AMAT MULIA TUNKU MAHKOTA JOHOR BAGI DAERAH TANGKAK

Admin
Oktober 02, 2023

Penyerahan kurniaan DYAM Tunku Mahkota Johor dan sesi kunjungan ke kediaman beberapa keluarga yang kurang bernasib baik di Daerah Tangkak telah disempurnakan oleh Pegawai Daerah Tangkak, Encik Mohd Farid Bin Kassim.

Inisiatif Tunku Mahkota Johor ini menyasarkan penerima daripada kalangan keluarga yang daif, asnaf atau individu yang betul-betul memerlukan tanpa keterbatasan bangsa dan agama.

Bagi fasa ini, kurniaan diserahkan kepada golongan warga emas, pesakit strok, pesakit-pesakit kronik serta keluarga yang kurang berkemampuan.

Turut serta dalam penyerahan ini, Penolong Pegawai Daerah Tangkak, Penghulu Kanan, Penghulu Mukim, Ketua Masyarakat yang terlibat serta warga kerja Pejabat Daerah Tangkak.

© DYAM Pemangku Sultan Johor. Hakcipta Terpelihara.