Skip to main content

PENYERAHAN KURNIAAN DULI YANG AMAT MULIA TUNKU MAHKOTA JOHOR UNTUK KELUARGA KURANG BERKEMAMPUAN DI DAERAH SEGAMAT

Admin
Mei 10, 2023

Penyampaian Kurniaan Duli Yang Amat Mulia Tunku Ismail Ibni Sultan Ibrahim, Tunku Mahkota Johor telah disempurnakan oleh Yang Berbahagia Tuan Mohd Masni bin Wakiman, Pegawai Daerah Segamat.

Penyerahan Kurniaan DYAM Tunku Mahkota Johor kali ini telah diserahkan kepada beberapa buah keluarga kurang berkemampuan dari Mukim Gemereh & Jementah.

Turut serta bersama dalam penyerahan kurniaan ini ialah En. Muhammad Hafizuddin bin Abd Jalal; Penolong Pegawai Daerah (Pembangunan Masyarakat), Tok Nur Shah Afendi bin Asmun; Penghulu Mukim Gemereh, Tok Mohd Sahrul bin Sidek; Penghulu Mukim Jementah, Ketua Kampung yang terlibat dan Kakitangan Pejabat Daerah Segamat.

© DYAM Pemangku Sultan Johor. Hakcipta Terpelihara.