Skip to main content

PENYERAHAN KURNIAAN DULI YANG AMAT MULIA TUNKU MAHKOTA JOHOR UNTUK KELUARGA KURANG BERKEMAMPUAN DI DAERAH SEGAMAT

Admin
Ogos 29, 2023

Penyampaian Kurniaan Duli Yang Amat Mulia Tunku Ismail Ibni Sultan Ibrahim, Tunku Mahkota Johor telah disempurnakan oleh Yang Berbahagia Tuan Mohd Masni bin Wakiman, Pegawai Daerah Segamat.

Penyerahan Kurniaan DYAM Tunku Mahkota Johor kali ini telah diserahkan kepada beberapa buah keluarga kurang berkemampuan dari Mukim Sermin & Gemas.

Sesungguhnya kurniaan ini mencerminkan akan keprihatinan dan kasih sayang yang berterusan DYAM Tunku Mahkota Johor kepada Bangsa Johor khususnya penduduk Daerah Segamat.

Turut serta bersama dalam penyerahan kurniaan ini ialah Penolong Pegawai Daerah (Pembangunan Masyarakat), Penghulu Mukim Gemas & Sermin, Ketua Kampung dan Kakitangan Pejabat Daerah Segamat.

© DYAM Pemangku Sultan Johor. Hakcipta Terpelihara.