Skip to main content

PENYERAHAN KURNIAAN DYAM PEMANGKU RAJA JOHOR BAGI DAERAH KLUANG

Admin
Jun 01, 2022

Ybhg. Pegawai Daerah Kluang, Tuan Haji Jamaludin bin Haji A.Hamid telah menyempurnakan kurniaan DYAM Tunku Mahkota Ismail Ibni Sultan Ibrahim, Pemangku Raja kepada beberapa keluarga di mukim Kluang, Daerah Kluang.

Turut serta dalam penyerahan sumbangan ini ialah Cik Nurul Nadiah binti Mohd Shah (Penolong Pegawai Daerah), Penghulu Mukim dan ketua kampung.

Kurniaan ini merupakan inisiatif baginda yang menitikberatkan kebajikan dan kesejahteraan rakyat serta bagi meringankan beban kepada golongan sasaran iaitu mereka yang dhaif, golongan asnaf, serta terpaksa menghadapi cabaran hidup yang getir seperti penyakit, kemiskinan, tiada pekerjaan dan sebagainya.

Penyampaian kurniaan tersebut telah disampaikan kepada pesakit kanser dan keluarga yang berpendapatan rendah.

© DYAM Pemangku Sultan Johor. Hakcipta Terpelihara.