Skip to main content

PENYERAHAN KURNIAAN DYAM TMJ KEPADA 3 KELUARGA YANG KURANG BERNASIB BAIK DI MUKIM GRISEK

admin
April 27, 2021

Tuan Haji Shafiei Bin Ahamad selaku Pegawai Daerah Tangkak telah mengadakan kunjungan & penyerahan kurniaan DYAM TMJ kepada 3 keluarga yang kurang bernasib baik di Mukim Grisek.

Penerima pertama ialah Encik Sabtu Bin Ithnain, berumur 74 tahun yang sakit terlantar.

Penerima kedua pula ialah Encik Sanapi Bin Mat, berumur 61 tahun yang menghidap strok dan dijaga oleh isterinya.

Penerima ketiga ialah Encik Mohd Rosly Bin Mat Isa, berumur 46 tahyun yang juga menghidap strok serta tidak dapat bekerja untuk menampung keluarga.

Turut serta dalam penyerahan ini, Encik Mohd Nazef Mubaraq Bin Kamarudin, Penolong Pegawai Daerah Tangkak, Penghulu Kanan, Penghulu Mukim Grisek serta warga kerja Pejabat Daerah Tangkak.

Setiap keluarga menerima wang tunai sebanyak RM 1,000.00 daripada DYAM TMJ. Semoga pemberian ini serba sedikit dapat meringankan beban mereka.

Semua penerima menjunjung kasih atas sumbangan, mengucapkan selamat berpuasa dan mendoakan kesejahteraan DYAM TMJ

MENJUNJUNG KASIH DYAM TMJ

© DYAM Pemangku Sultan Johor. Hakcipta Terpelihara.