Skip to main content

PENYERAHAN KURNIAAN DYAM TUNKU MAHKOTA JOHOR

admin
September 01, 2021

Yang Berbahagia Tuan Haji Zainor Bin Haji Adani, Pegawai Daerah Kulai telah menyerahkan penyampaian sumbangan Duli Yang Amat Mulia Tunku Mahkota Johor (TMJ) Fasa Empat Bulan Ogos 2021 kepada beberapa keluarga di Mukim Kulai dan Mukim Senai, petang semalam.

Turut serta dalam penyerahan sumbangan ini ialah En Abdul Rahman Bin Abdullah, Pengerusi Jawatankuasa Penyelaras Khas DUN (JPKD) Senai; YBhg Datuk Mohd Jafni Bin Md Shukor, Pengerusi JPKD Bukit Batu, Ketua Penolong Pegawai Daerah Kulai, Amin Baitulmal Daerah Kulai, Pegawai JKM Kulai, Penghulu-Penghulu Mukim dan Ketua-Ketua Kampung yang terlibat.

Kurnian DYAM Tunku Mahkota Johor adalah untuk membantu meringankan beban dan kesulitan hidup yang dihadapi oleh keluarga-keluarga yang serba memerlukan dan terjejas akibat wabak pandemik Covid-19.

Menjunjung setinggi-tinggi kasih DYAM Tunku Mahkota Johor atas kurniaan tersebut. Terima kasih diucapkan kepada semua pihak khususnya kepada MAIJ, JKM, penghulu mukim serta ketua kampung yang membantu dalam menjayakan penyerahan ini.

Kami berharap kurniaan DYAM TMJ ini dapat meringankan beban yang ditanggung oleh keluarga penerima ini.

© DYAM Pemangku Sultan Johor. Hakcipta Terpelihara.