PENYERAHAN KURNIAAN DYAM TUNKU MAHKOTA JOHOR BAGI DAERAH BATU PAHAT
By Admin
Oktober 11, 2022
Yang Berbahagia Tuan Haji Nasri Bin Md Ali, Pegawai Daerah Batu Pahat telah hadir menyempurnakan Program Ziarah Prihatin Sempena Penyerahan Kurniaan DYAM Tunku Mahkota Johor bagi bulan Oktober fasa 1 dan Oktober fasa 2 Tahun 2022 .
Lawatan tersebut melibatkan beberapa keluarga Penerima di Mukim 1 Lubok dan Mukim 2 Bagan Daerah Batu Pahat.
Program lawatan Ziarah Prihatin seumpama ini merupakan salah satu gerak usaha dalam membantu golongan sasaran iaitu mereka yang menghadapi kepayahan hidup, golongan kurang berkemampuan, dan kurang bernasib baik.