PENYERAHAN KURNIAAN DYAM TUNKU MAHKOTA JOHOR BAGI DAERAH KLUANG
By Admin
Wakil rasmi Pegawai Daerah Kluang, Encik Herman bin Raban, Ketua Penolong Pegawai Daerah telah menyempurnakan kurniaan DYAM Tunku Mahkota Johor kepada beberapa keluarga di mukim Kluang, Renggam dan Ulu Benut, Daerah Kluang.
Turut serta dalam penyerahan sumbangan ini ialah Cik Nurul Nadiah binti Mohd Shah (Penolong Pegawai Daerah), Penghulu Kanan dan Penghulu Mukim Kluang, Renggam dan Ulu Benut serta ketua kampung.
Kurniaan DYAM Tunku Mahkota Johor merupakan inisiatif baginda yang menitikberatkan kebajikan dan kesejahteraan rakyat serta bagi meringankan beban kepada golongan sasaran iaitu mereka yang dhaif, golongan asnaf, serta terpaksa menghadapi cabaran hidup yang getir seperti penyakit, kemiskinan, tiada pekerjaan dan sebagainya.
Penyampaian kurniaan hari ini telah disampaikan kepada pesakit kanser, pesakit strok, keluarga yang kehilangan sumber pendapatan kerana kehilangan ketua keluarga dan keluarga yang berpendapatan rendah yang mempunyai jumlah tanggungan yang ramai.