PENYERAHAN KURNIAAN DYAM TUNKU MAHKOTA JOHOR BAGI DAERAH KLUANG
By Admin
Ybhg. Pegawai Daerah Kluang, Tuan Haji Jamaludin bin Haji A.Hamid telah menyempurnakan kurniaan DYAM Tunku Mahkota Johor kepada beberapa keluarga di mukim Niyor dan Kluang, Daerah Kluang.
Turut serta dalam penyerahan sumbangan ini ialah Encik Mohd Sharul Azmi bin Md Kamil (Penolong Pegawai Daerah), Penghulu Kanan, Penghulu Mukim dan ketua kampung.
Kurniaan DYAM Tunku Mahkota Johor merupakan inisiatif baginda yang menitikberatkan kebajikan dan kesejahteraan rakyat serta bagi meringankan beban kepada golongan sasaran iaitu mereka yang dhaif, golongan asnaf, serta terpaksa menghadapi cabaran hidup yang getir seperti penyakit, kemiskinan, tiada pekerjaan dan sebagainya.
Penyampaian kurniaan hari ini telah disampaikan kepada pesakit tiroid, orang kelainan upaya (O.K.U) pekak dan bisu serta keluarga yang berpendapatan rendah.




