Skip to main content

PENYERAHAN KURNIAAN DYAM TUNKU MAHKOTA JOHOR BAGI DAERAH KLUANG

Admin
September 03, 2022

Ybhg. Pegawai Daerah Kluang, Tuan Haji Jamaludin bin Haji A.Hamid telah menyempurnakan kurniaan DYAM Tunku Mahkota Johor kepada beberapa keluarga di mukim Machap, Daerah Kluang.

Turut serta dalam penyerahan sumbangan ini ialah Ketua Penolong Pegawai Daerah, semua Penolong Pegawai Daerah, Penghulu Kanan, Penghulu Mukim dan ketua kampung.

Kurniaan DYAM Tunku Mahkota Johor merupakan inisiatif baginda yang menitikberatkan kebajikan dan kesejahteraan rakyat serta bagi meringankan beban kepada golongan sasaran iaitu mereka yang dhaif, golongan asnaf, serta terpaksa menghadapi cabaran hidup yang getir seperti penyakit, kemiskinan, tiada pekerjaan dan sebagainya.

Penyampaian kurniaan telah disampaikan kepada pesakit terlantar, pesakit lumpuh, mangsa kemalangan jalanraya dan keluarga yang berpendapatan rendah.

© DYAM Pemangku Sultan Johor. Hakcipta Terpelihara.