Skip to main content

PENYERAHAN KURNIAAN DYAM TUNKU MAHKOTA JOHOR BAGI DAERAH KLUANG

Admin
Disember 05, 2022

Ybhg. Pegawai Daerah Kluang, Tuan Haji Jamaludin bin Haji A Hamid telah menyempurnakan kurniaan DYAM Tunku Mahkota Johor kepada beberapa keluarga di mukim Kluang, Daerah Kluang.

Turut serta dalam penyerahan sumbangan ini ialah Cik Nurul Nadiah binti Mohd Shah, Penolong Pegawai Daerah, Penghulu Kanan dan Penghulu Mukim.

Kurniaan DYAM Tunku Mahkota Johor merupakan inisiatif baginda yang menitikberatkan kebajikan dan kesejahteraan rakyat serta bagi meringankan beban kepada golongan sasaran iaitu mereka yang dhaif, golongan asnaf, serta terpaksa menghadapi cabaran hidup yang getir seperti penyakit, kemiskinan, tiada pekerjaan dan sebagainya.

Penyampaian kurniaan telah disampaikan kepada pesakit yang terlantar akibat kemalangan jalanraya, pesakit strok, keluarga yang kehilangan punca pendapatan kerana kematian ketua keluarga dan keluarga yang berpendapatan rendah.

© DYAM Pemangku Sultan Johor. Hakcipta Terpelihara.