Skip to main content

PENYERAHAN KURNIAAN DYAM TUNKU MAHKOTA JOHOR BAGI DAERAH KLUANG

Admin
Mac 13, 2023

Wakil rasmi Pegawai Daerah Kluang, Encik Mustafa Kamal bin Abdullah (Pentadbir Tanah Daerah Kluang) telah menyempurnakan kurniaan DYAM Tunku Mahkota Johor kepada beberapa keluarga di mukim Kluang, Daerah Kluang.

Turut serta dalam penyerahan sumbangan ini ialah Cik Nurul Nadiah binti Mohd Shah, Penolong Pegawai Daerah, Penghulu Kanan dan Ketua Kampung.

Kurniaan DYAM Tunku Mahkota Johor merupakan inisiatif baginda yang menitikberatkan kebajikan dan kesejahteraan rakyat serta bagi meringankan beban kepada golongan sasaran iaitu mereka yang dhaif, golongan asnaf, serta terpaksa menghadapi cabaran hidup yang getir seperti penyakit, kemiskinan, tiada pekerjaan dan sebagainya.

Penyampaian kurniaan telah disampaikan kepada keluarga yang kehilangan punca pendapatan dan keluarga yang berpendapatan rendah.

© DYAM Pemangku Sultan Johor. Hakcipta Terpelihara.