Skip to main content

PENYERAHAN KURNIAAN DYAM TUNKU MAHKOTA JOHOR BAGI DAERAH SEGAMAT

Admin
Oktober 15, 2021

YBhg Tuan Haji Nasri Bin Md. Ali , Pegawai Daerah Segamat telah menyempurnakan kurniaan DYAM Tunku Mahkota Johor Fasa 4 bulan September kepada beberapa penerima yang telah dikenalpasti di Mukim Sermin dan Gemas.

Sesungguhnya kurniaan ini turut mencerminkan akan keprihatinan dan kasih sayang yang berterusan DYAM Tunku Mahkota Johor akan kesulitan dan kesusahan yg dihadapi rakyat bangsa johor dalam menghadapi cabaran hidup yang getir terutamanya mereka yang terkesan pada masa pandemik Covid19.

Semoga Allah SWT sentiasa memberikan keredhaan dan rahmat berterusan kepada DYAM Tunku Mahkota Johor.

MENJUNJUNG KASIH TUNKU

#RoyalJohor

#HRHCrownPrinceofJohor

#DaerahSegamat

© DYAM Pemangku Sultan Johor. Hakcipta Terpelihara.