PENYERAHAN KURNIAAN DYAM TUNKU MAHKOTA JOHOR BAGI DAERAH SEGAMAT

admin

By admin

September 16, 2021

YBhg. Tuan Haji Nasri Bin Md. Ali , Pegawai Daerah Segamat telah menyempurnakan kurniaan DYAM Tunku Mahkota Johor Fasa 2 bulan September kepada beberapa penerima yang telah dikenalpasti di Mukim Buloh Kasap.

Kurniaan DYAM Tunku Mahkota Johor merupakan inisiatif baginda yang menitikberatkan kebajikan dan kesejahteraan rakyat serta bagi meringankan beban kepada golongan sasaran iaitu mereka yang dhaif, golongan asnaf, serta terpaksa menghadapi cabaran hidup yang getir terutamanya mereka yang terkesan pada masa pandemik Covid19.

Sesungguhnya kurniaan ini mencerminkan rasa keprihatinan dan kasih sayang DYAM Tunku Mahkota kepada bangsa Johor khususnya di daerah Segamat.

Turut serta Pegawai Jabatan Kebajikan Masyarakat daerah Segamat, Penghulu dan Ketua Kampung.

© DYAM Tunku Mahkota Johor. Hakcipta Terpelihara.