PERJUMPAAN PERTAMA SPECIAL TASK FORCE COVID-19
By admin
Perjumpaan pertama telah diadakan hari ini untuk Special Task Force Covid-19 di peringkat negeri Johor. Turut hadir bersama YAB Dato’ Haji Hasni bin Mohammad, Menteri Besar Johor, YB Dato’ Haji Azmi bin Rohani, Setiausaha Kerajaan Johor, YB Dato’ Haji Mohd Noh Bin Ibrahim, Timbalan Setiausaha Kerajaan Johor (Pengurusan), YB Tuan Vidyananthan A/L Ramanadhan, EXCO Kesihatan dan Alam Sekitar, YB Dato’ Dr. Aman bin Rabu, Pengarah Jabatan Kesihatan Negeri Johor dan pakar-pakar kesihatan dan pengurusan pandemik.
Special Task Force Covid-19 berperanan untuk memantau dan memperbaiki proses yang digunakan bagi sistem menyaring, mengasingkan, mengawasi, dan merawat pesakit Covid-19 agar keadaan wabak adalah sentiasa dalam kawalan. Pengesanan kontak perlu dipercepatkan supaya ia dilakukan dalam jangka masa 24 hingga 48 jam, dan kadar vaksinasi juga perlu dipertingkatkan.
Johor perlu bersedia untuk transisi dari situasi pandemik kepada endemik. Saya yakin dengan para anggota Task Force ini yang dipilih secara inklusif dan melibatkan pelbagai agensi kerajaan, pakar-pakar dari universiti, swasta, ATM, dan NGO, Johor akan dapat melawan wabak Covid-19 dengan lebih berkesan dan kes positif akan mula menurun melalui langkah kesihatan awam yang efektif dan penggunaan teknologi terkini.
DYAM Mejar Jeneral Tunku Ismail Ibni Sultan Ibrahim, Tunku Mahkota Johor