Skip to main content

PERTEMUAN DENGAN SIR FRANK HESTER OBE DAN PASUKANNYA

Admin
Jun 08, 2022

Saya berbesar hati dapat bertemu dengan Sir Frank Hester OBE dan pasukannya yang telah merevolusikan sistem penjagaan kesihatan di UK dan China.

Saya mengalu-alukan Sir Frank untuk bekerjasama dengan lebih mendalam bersama ekosistem penjagaan kesihatan tempatan untuk membawa teknologi kesihatan digital ke negeri Johor. Kemajuan baharu dalam Rekod Perubatan Elektronik (EMR) ditambah dengan Kepintaran Buatan (AI) dan penggunaan analisis data menyeluruh adalah penting untuk menambah baik sistem penjagaan kesihatan di Johor dan Malaysia.

Orang ramai berhak mendapat kemudahan hospital yang lengkap, fasiliti-fasiliti perubatan yang baik dan kakitangan perubatan yang mencukupi. Penambahan sistem dan teknologi terkini, akan membantu meningkatkan kualiti penjagaan kesihatan untuk rakyat.

DYAM Mejar Jeneral Tunku Ismail Ibni Sultan Ibrahim, Tunku Mahkota Johor

© DYAM Pemangku Sultan Johor. Hakcipta Terpelihara.