Skip to main content

PROGRAM LAWATAN ZIARAH KASIH DAN PENYAMPAIAN KURNIAAN DYAM MEJAR JENERAL TUNKU ISMAIL IBNI SULTAN IBRAHIM, TUNKU MAHKOTA JOHOR BAGI BULAN SEPTEMBER 2021 FASA 4 DAERAH PONTIAN

Admin
Oktober 12, 2021

Kurniaan Di sampaikan Oleh Wakil Rasmi Pegawai Daerah Pontian, Encik Mohd Zulhafiz Bin Md Salih, Penolong Pegawai Daerah Pontian, Mengadakan Lawatan Ziarah Kasih Kepada 5 Buah Keluarga Yang Kurang Bernasib Baik Di sekitar Daerah Pontian Khususnya Di Mukim Serkat.

Kurniaan DYAM Tunku Mahkota Johor merupakan inisiatif baginda yang menitikberatkan kebajikan dan kesejahteraan rakyat serta bagi meringankan beban kepada golongan sasaran iaitu mereka yang dhaif, golongan asnaf, serta terpaksa menghadapi cabaran hidup yang getir seperti penyakit, kemiskinan, tiada pekerjaan dan sebagainya.

Sesungguhnya kurniaan ini mencerminkan keperihatinan serta kasih dan sayang DYAM Tunku Mahkota kepada bangsa Johor khususnya di Daerah Pontian.

Turut hadir:

Barisan Pegawai Pejabat Daerah Pontian,

Pegawai Baitulmal MAIJ Daerah Pontian,

Pegawai JKM Pontian,

Penghulu Kanan Daerah Pontian

Penghulu Mukim & Ketua Kampung Yang Terlibat,

Serta Pendudukan Setempat

© DYAM Pemangku Sultan Johor. Hakcipta Terpelihara.