PROGRAM PENYAMPAIAN KURNIAAN DYAM TUNKU MAHKOTA JOHOR DAN LAWATAN MOBILE TEAM BAGI DAERAH JOHOR BAHRU
By admin
Dato’ Haji Abdul Rahman bin Salleh, Pegawai Daerah Johor Bahru telah menyampaikan Kurniaan DYAM Tunku Mahkota Johor dan mengadakan lawatan Mobile Team kepada sembilan buah keluarga yang kurang bernasib baik di kawasan Majlis Bandaraya Johor Bahru, Majlis Bandaraya Iskandar Puteri dan Majlis Bandaraya Pasir Gudang.
Turut hadir Pegawai Jabatan Kebajikan Masyarakat Daerah Johor Bahru, Yayasan MBJB, Yayasan MBIP , Yayasan MBPG ,Wakil Majlis Agama Islam Daerah Johor Bahru dan Penghulu Mukim
Beliau telah menyampaikan kurniaan RM1000 oleh DYAM Tunku Mahkota Johor bagi Bulan Mac Fasa 1,2 & 3 Tahun 2021 dan juga bakul makanan kepada setiap keluarga tersebut.
Semoga kurniaan sumbangan ini dapat meringankan beban keluarga tersebut.
Menjunjung Kasih Tunku!