Skip to main content

PROGRAM ZIARAH KASIH SEMPENA PENYERAHAN KURNIAAN DYAM TUNKU MAHKOTA JOHOR BAGI BULAN APRIL FASA 5 TAHUN 2021 DAERAH BATU PAHAT

admin
Mei 06, 2021

YBhg. Tuan Haji Ismail bin Abu, Pegawai Daerah Batu Pahat telah hadir menyempurnakan Program Ziarah Kasih Sempena Penyerahan Kurniaan DYAM Tunku Mahkota Johor bagi bulan April Fasa 5 Tahun 2021 yang melibatkan (3) keluarga penerima di Mukim Bagan.

Program lawatan ziarah kasih seumpama ini merupakan salah satu langkah proaktif dalam menyantuni golongan sasaran iaitu mereka yang menghadapi kepayahan hidup, golongan kurang berkemampuan, dan kurang bernasib baik lebih-lebih lagi ketika mendepani era Pasca Covid-19. Gerak usaha ini akan diteruskan sepanjang tahun bagi membantu pihak yang memerlukan dari semasa ke semasa.

Pendekatan Ziarah Kasih ini juga merupakan kesinambungan kepada salah satu titik fokus Pejabat Daerah Batu Pahat iaitu ‘PRIHATIN’ ke atas keluh-kesah masyarakat.

Turut hadir, Amin Baitulmal MAINJ Daerah Batu Pahat; wakil Pegawai Kebajikan Masyarakat Daerah Batu Pahat; Ketua Penolong Pegawai Daerah; Penolong-Penolong Pegawai Daerah; Penghulu Tinggi; Penghulu Mukim Bagan; dan Ketua-Ketua Kampung terlibat.

Menjunjung Setinggi-Tinggi Kasih atas keprihatinan DYAM Tunku Mahkota Johor dan terima kasih diucapkan kepada semua pihak yang turut sama menjayakan program ini.

© DYAM Pemangku Sultan Johor. Hakcipta Terpelihara.