PROGRAM ZIARAH KASIH SEMPENA PENYERAHAN KURNIAAN DYAM TUNKU MAHKOTA JOHOR BAGI BULAN FEBRUARI FASA 1 TAHUN 2021 DAERAH BATU PAHAT
By admin
YBhg. Tuan Haji Ismail bin Abu, Pegawai Daerah Batu Pahat telah hadir menyempurnakan Program Ziarah Kasih Sempena Penyerahan Kurniaan DYAM Tunku Mahkota Johor bagi Bulan Februari Fasa 1 Tahun 2021.
Lawatan pada hari ini melibatkan (3) keluarga penerima di Mukim Sungai Punggur.
Program lawatan ziarah kasih seumpama ini merupakan salah satu gerak usaha dalam membantu golongan sasaran iaitu mereka yang menghadapi kepayahan hidup, golongan kurang berkemampuan, dan kurang bernasib baik lebih-lebih lagi ketika menghadapi pandemik Covid-19.
Ia akan diteruskan sepanjang tahun bagi membantu pihak yang memerlukan dari semasa ke semasa.
Turut hadir, Amin Baitulmal MAINJ Daerah Batu Pahat; Penolong Pegawai Daerah; Wakil Pegawai Kebajikan Masyarakat; Ketua Penghulu; Penghulu Tinggi; dan Penghulu Mukim Sungai Punggur.
Menjunjung Setinggi-Tinggi Kasih DYAM Tunku Mahkota Johor serta terima kasih diucapkan kepada semua pihak yang turut sama menjayakan program ini.



