PROGRAM ZIARAH KASIH SEMPENA PENYERAHAN KURNIAAN DYAM TUNKU MAHKOTA JOHOR BAGI BULAN MAC FASA 2 TAHUN 2021 DAERAH BATU PAHAT
By admin
Mac 15, 2021
Program lawatan ziarah kasih seumpama ini merupakan salah satu langkah proaktif dalam membantu golongan sasaran iaitu mereka yang menghadapi kepayahan hidup, golongan kurang berkemampuan, dan kurang bernasib baik lebih-lebih lagi ketika mendepani era Pasca Covid-19.
Gerak usaha ini akan diteruskan sepanjang tahun bagi membantu pihak yang memerlukan dari semasa ke semasa.
Menjunjung Setinggi-Tinggi Kasih DYAM Tunku Mahkota Johor serta terima kasih diucapkan kepada semua pihak yang turut sama menjayakan program ini.




