Skip to main content

PROGRAM ZIARAH PRIHATIN SEMPENA PENYERAHAN KURNIAAN DYAM TUNKU MAHKOTA JOHOR BAGI BULAN MAC FASA 1 TAHUN 2022

Admin
Mac 15, 2022

YBhg. Tuan Haji Nasri bin Md Ali, Pegawai Daerah Batu Pahat telah hadir bagi menyempurnakan Program Ziarah ‘PRIHATIN’ Sempena Penyerahan Kurniaan DYAM Tunku Mahkota Johor bagi bulan Mac Tahun 2022 – Fasa 1.

Lawatan pada hari ini melibatkan Beberapa buah rumah penerima di Mukim Lubok,

Program Lawatan Ziarah Prihatin seumpama ini merupakan salah satu langkah proaktif dalam menyantuni golongan sasaran iaitu mereka yang menghadapi kepayahan hidup, golongan kurang berkemampuan, dan kurang bernasib baik lebih-lebih lagi ketika mendepani era Pasca Pandemik Covid-19. Gerak usaha ini akan diteruskan sepanjang tahun bagi membantu pihak yang memerlukan dari semasa ke semasa.

Pendekatan Ziarah ‘PRIHATIN’ ini juga merupakan kesinambungan kepada salah satu titik fokus Pejabat Daerah Batu Pahat iaitu ‘PRIHATIN’.

Turut hadir, Penolong Pegawai Daerah; Penghulu Mukim Lubok; Penghulu Tinggi ; dan Ketua Kampung yang terlibat.

© DYAM Pemangku Sultan Johor. Hakcipta Terpelihara.