PROGRAM ZIARAH PRIHATIN SEMPENA PENYERAHAN KURNIAAN DYAM TUNKU MAHKOTA JOHOR BAGI BULAN NOVEMBER FASA 3 TAHUN 2021 DAERAH BATU PAHAT
By Admin
En. Mohd Haniff bin Ahmad, Yang Dipertua Majlis Daerah Yong Peng telah menyempurnakan Program Ziarah Prihatin Sempena Penyerahan Kurniaan DYAM Tunku Mahkota Johor bagi Bulan November Fasa 3 Tahun 2021. Penyerahan Kurniaan telah diteruskan lagi dengan melibatkan beberapa buah keluarga termasuk di Mukim Tg. Sembrong dan Chaah Bahru.
Manakala Ketua Penolong Pegawai Daerah telah menyempurnakan sesi penyampaian di Mukim Simpang Kiri dan Penolong Pegawai Daerah kepada beberapa buah keluarga di Mukim Sri Medan.
Turut hadir, Setiausaha Majlis Daerah Yong Peng; wakil Pegawai Kebajikan Masyarakat Daerah Batu Pahat; Ketua Penghulu; Penghulu Mukim Simpang Kiri; Penghulu Mukim Tg. Sembrong; Penghulu Mukim Chaah Bahru; Penghulu Mukim Sri Medan; serta Ketua Kampung terlibat.
Kurniaan DYAM Tunku Mahkota Johor merupakan inisiatif Baginda yang sentiasa menitikberatkan kebajikan dan kesejahteraan rakyat serta berterusan membantu dalam meringankan beban kepada golongan sasaran iaitu mereka yang dhaif, golongan asnaf, serta terpaksa menghadapi cabaran hidup yang getir seperti penyakit, kemiskinan, tiada pekerjaan dan sebagainya.
Pendekatan Ziarah Prihatin ini juga merupakan kesinambungan kepada salah satu titik fokus Pejabat Daerah Batu Pahat iaitu ‘PRIHATIN’ ke atas keluh-kesah masyarakat lebih-lebih lagi ketika mendepani era pandemik Covid-19 pada masa kini. Gerak usaha ini berperanan sebagai satu langkah proaktif dan akan diteruskan sepanjang tahun bagi membantu pihak yang memerlukan dari semasa ke semasa.
