Skip to main content

PROGRAM ZIARAH PRIHATIN SEMPENA PENYERAHAN KURNIAAN DYAM TUNKU MAHKOTA JOHOR BAGI BULAN NOVEMBER FASA 5 TAHUN 2021 DAERAH BATU PAHAT

Admin
November 30, 2021

Pn. Fazlina Azawiyah binti Esa, Penolong Pegawai Daerah telah menyempurnakan Program Ziarah Prihatin Sempena Penyerahan Kurniaan DYAM Tunku Mahkota Johor bagi Bulan November Fasa 5 Tahun 2021. Penyerahan Kurniaan telah diteruskan lagi dengan penyampaian melibatkan penerima di Mukim Simpang Kanan. Manakala Penghulu Tinggi telah menyempurnakan sesi penyampaian kepada beberapa buah keluarga di Mukim Minyak Beku.

Turut hadir, Penghulu Mukim Simpang Kanan; Penghulu Mukim Minyak Beku; Ahli Puspanita Cawangan Daerah Batu Pahat; Ahli “Southern Volunteers” Batu Pahat; serta Ketua Kampung terlibat.

Kurniaan DYAM Tunku Mahkota Johor merupakan inisiatif Baginda yang sentiasa menitikberatkan kebajikan dan kesejahteraan rakyat serta berterusan membantu dalam meringankan beban kepada golongan sasaran iaitu mereka yang dhaif, golongan asnaf, serta terpaksa menghadapi cabaran hidup yang getir seperti penyakit, kemiskinan, tiada pekerjaan dan sebagainya.

Pendekatan Ziarah Prihatin ini juga merupakan kesinambungan kepada salah satu titik fokus Pejabat Daerah Batu Pahat iaitu ‘PRIHATIN’ ke atas keluh-kesah masyarakat lebih-lebih lagi ketika mendepani era pandemik Covid-19 pada masa kini. Gerak usaha ini berperanan sebagai satu langkah proaktif dan akan diteruskan sepanjang tahun bagi membantu pihak yang memerlukan dari semasa ke semasa.

© DYAM Pemangku Sultan Johor. Hakcipta Terpelihara.