PROGRAM ZIARAH PRIHATIN SEMPENA PENYERAHAN KURNIAAN DYAM TUNKU MAHKOTA JOHOR BAGI BULAN SEPTEMBER FASA 4 TAHUN 2021 DAERAH BATU PAHAT

Admin

By Admin

Oktober 03, 2021

Puan Fazlina Azawiyah binti Esa, Penolong Pegawai Daerah mewakili Tuan Pegawai Daerah Batu Pahat telah menyempurnakan Program Ziarah Prihatin Sempena Penyerahan Kurniaan DYAM Tunku Mahkota Johor bagi Bulan September Fasa 4 Tahun 2021.

Kurniaan sumbangan tersebut diberikan kepada Puan Nor Azizah binti Kamid, seorang mangsa kebakaran di daerah Batu Pahat.

Kebakaran telah berlaku pada 1 Oktober 2021 (Jumaat) yang lalu dan memusnahkan 50% rumah mangsa yang terletak di Taman Bahagia, Mukim Chaah Bahru.

Turut hadir pada hari ini, Yang Dipertua Majlis Daerah Yong Peng; Pegawai JKM; Wakil Amin Baitulmal MAINJ; Penghulu Tinggi; dan Penghulu Mukim Chaah Bahru.

Kurniaan sumbangan tersebut melambangkan keprihatinan yang tinggi oleh DYAM Tunku Mahkota Johor terhadap kebajikan rakyat Bangsa Johor.

© DYAM Tunku Mahkota Johor. Hakcipta Terpelihara.