PROGRAM ZIARAH PRIHATIN SEMPENA PENYERAHAN KURNIAAN DYAM TUNKU MAHKOTA JOHOR BAGI DAERAH BATU PAHAT
By Admin
Mei 19, 2022
Encik Mohd Iskandar bin Rahim, Penolong Pegawai Daerah Batu Pahat selaku wakil rasmi Pegawai Daerah Batu Pahat telah hadir menyempurnakan program ziarah prihatin sempena penyerahan kurniaan DYAM Tunku Mahkota Johor.
Lawatan tersebut melibatkan beberapa keluarga penerima di Mukim Tanjung Sembrong, Batu Pahat.
Program lawatan ziarah prihatin seumpama ini merupakan salah satu gerak usaha dalam membantu golongan sasaran iaitu mereka yang menghadapi kepayahan hidup, golongan kurang berkemampuan, dan kurang bernasib baik lebih-lebih lagi ketika menghadapi pandemik Covid-19. Ia akan diteruskan sepanjang tahun bagi membantu pihak yang memerlukan dari semasa ke semasa.
Turut hadir adalah ketua kampung Mukim Tanjung Sembrong, Batu Pahat.





