Skip to main content

PROGRAM ZIARAH PRIHATIN SEMPENA PENYERAHAN KURNIAAN DYAM TUNKU MAHKOTA JOHOR BAGI DAERAH BATU PAHAT

Admin
Ogos 03, 2022

Pada hari ini, Encik Mohd Iskandar Bin Rahim Penolong Pegawai Daerah Batu Pahat Wakil rasmi Pegawai Daerah Batu Pahat telah hadir menyempurnakan Program Ziarah Prihatin Sempena Penyerahan Kurniaan DYAM Tunku Mahkota Johor.

Lawatan pada hari ini melibatkan beberapa keluarga Penerima di Mukim Chaah Bahru Daerah Batu Pahat.

Program lawatan Ziarah Prihatin seumpama ini merupakan salah satu gerak usaha dalam membantu golongan sasaran iaitu mereka yang menghadapi kepayahan hidup, golongan kurang berkemampuan, dan kurang bernasib baik.

© DYAM Pemangku Sultan Johor. Hakcipta Terpelihara.