Skip to main content

RANGKUMAN 2025: PEMANGKU SULTAN JOHOR MENERAJUI PERUBAHAN, MEMBINA LEGASI BANGSA JOHOR.

Admin
Januari 01, 2026

Tahun 2025 melakar satu transformasi penting Negeri Johor di bawah naungan DYAM Tunku Mahkota Ismail, sebagai Pemangku Sultan Johor sejak 2024.

Bagi Pemangku Sultan Johor, mandat ini bukan sekadar tugas, namun satu misi penting menjadikan Johor sebagai pemain utama ekonomi di rantau Asia.

Daripada realisasi Zon Ekonomi Khas Johor–Singapura (JS-SEZ) yang membuka pintu pelaburan dunia, hinggalah kepada usaha memperkasakan pendidikan, perkhidmatan kesihatan yang dinaik taraf dan mewujudkan peluang kerja berpendapatan tinggi.

Matlamat Pemangku Sultan Johor adalah demi keterjaminan masa depan, kesejahteraan serta kemakmuran Bangsa Johor.

© DYAM Pemangku Sultan Johor. Hakcipta Terpelihara.