Skip to main content

SOLAT JUMAAT DI MASJID KAMPUNG MAHMOODIAH DAN ZIARAH MAKAM DIRAJA BUKIT MAHMOODIAH

Admin
Januari 23, 2026

Duli Yang Amat Mulia Tunku Mahkota Ismail, Pemangku Sultan Johor, DYAM Tunku Iskandar Ibni Tunku Ismail, Raja Muda Johor dan YAM Tunku Abu Bakar Ibrahim Ibni Tunku Ismail menunaikan solat Jumaat di Masjid Kampung Mahmoodiah pada 23 Januari 2026. Baginda turut berangkat menziarahi Makam Diraja Bukit Mahmoodiah, Johor. Allah Peliharakan Sultan.

© DYAM Pemangku Sultan Johor. Hakcipta Terpelihara.