Skip to main content

SOLAT SUNAT AIDILADHA DAN MELUANGKAN MASA BERSAMA KELUARGA DIRAJA JOHOR SEMPENA HARI RAYA AIDILADHA

Admin
Mei 27, 2026

DYAM Tunku Mahkota Ismail, Pemangku Sultan Johor, DYAM Tunku Iskandar Ibni Tunku Ismail, Raja Muda Johor dan YAM Tunku Abu Bakar Ibrahim Ibni Tunku Ismail berangkat ke Masjid Sultan Abu Bakar, Johor Bahru bagi menunaikan solat sunat Aidiladha bersama rakyat pada hari ini, 27 Mei 2026 bersamaan 10 Zulhijjah 1447H.

Baginda turut meluangkan masa bersama Keluarga DiRaja Johor sempena Hari Raya Aidiladha di Istana Bukit Serene. Allah Peliharakan Sultan.

© DYAM Pemangku Sultan Johor. Hakcipta Terpelihara.