Skip to main content

SOUTHERN VOLUNTEERS DAN JOHOR MILITARY FORCES BERGANDING BAHU MEMBANTU MANGSA-MANGSA BENCANA BANJIR

Admin
Januari 04, 2024

Atas titah DYAM Mejar Jeneral Tunku Ismail Ibni Sultan Ibrahim, Tunku Mahkota Johor, Southern Volunteers dan Johor Military Forces (JMF) telah digerakkan untuk memberi bantuan segera kepada mangsa-mangsa yang terkesan dengan bencana banjir yang berlaku dan membantu di pusat-pusat pemindahan sementara.

Selain menyampaikan bantuan berupa bekalan makanan dan keperluan daripada Yayasan Sultan Ibrahim Johor (YSIJ) dan SV Box kepada mangsa-mangsa bencana banjir di beberapa daerah, Southern Volunteers turut membantu memantau kawasan-kawasan lain yang berisiko banjir agar bantuan dapat diberikan dengan segera apabila diperlukan. Allah Peliharakan Sultan.

© DYAM Pemangku Sultan Johor. Hakcipta Terpelihara.