Skip to main content

SUKAN OLIMPIK TOKYO 2020

admin
Julai 17, 2021

Saya ingin mengucapkan selamat maju jaya kepada para atlet kebangsaan yang akan bertanding di Sukan Olimpik Tokyo 2020 dari 23 Julai hingga 8 Ogos nanti. Seramai 30 orang atlet negara bakal bertanding dalam 27 acara yang melibatkan 10 jenis sukan.

Saya yakin atlet-atlet kita mampu berdaya saing dengan para atlet negara lain di persada dunia untuk mencapai kecemerlangan. Tahniah juga saya ucapkan kepada YB Dato’ Sri Reezal Merican bin Naina Merican, Menteri Belia dan Sukan atas usaha beliau dalam memastikan kontinjen negara dapat pergi ke Olimpik Tokyo kali ini walaupun berdepan cabaran pandemik Covid-19 yang masih berterusan.

Bersama-sama kita doakan kecemerlangan untuk atlet-atlet kebangsaan kita di Tokyo. Give it your best and make us proud!

DYAM Mejar Jeneral Tunku Ismail Ibni Sultan Ibrahim, Tunku Mahkota Johor

© DYAM Pemangku Sultan Johor. Hakcipta Terpelihara.