SULTAN JOHOR KURNIA BANTUAN MAKANAN KEPADA KOMUNITI TEBRAU
By Admin
DYMM Sultan Johor Sultan Ibrahim Ibni Almarhum Sultan Iskandar berkenan mengurniakan 311 kotak bantuan makanan kepada komuniti Tebrau yang bertempat di Projek Perumahan Rakyat (PPR) Taman Desa Mutiara.
Bantuan makanan menerusi Yayasan Sultan Ibrahim Johor (YSIJ) disampaikan oleh Pemegang Amanah Urusan YSIJ, Dato’ Avinderjit Singh.
YSIJ dengan kerjasama Persatuan Rantaian Runcit Malaysia (MRCA) turut mengedarkan 1,600 paket makanan bagi membantu golongan terkesan akibat pandemik COVID-19 serta golongan berpendapatan rendah pada hari ini (27 Mac).
Jin Bin Corporation di bawah produk jenama HURIX turut menyumbangkan sumbangan pelbagai barangan perubatan bernilai RM 49,089.80 kepada YSIJ.
Hadir sama, Penolong Pegawai Daerah Johor Bahru Bahagian Pembangunan Masyarakat, Rashdan Rahmat, Ketua MRCA Bahagian Selatan, Michael Liew dan Wakil Jin Bin Corporation Sdn. Bhd., Wong Choy Kee.
Dato’ Avinderjit berkata, beliau amat menghargai sumbangan makanan dan bantuan perubatan daripada Hurix kepada YSIJ dalam membantu mereka yang terkesan.
“Sebelum ini, pengusaha-pengusaha makanan terbabit turut terkesan perniagaan mereka akibat pandemik COVID-19.
“Namun, mereka tetap membantu menyampaikan sumbangan kepada golongan memerlukan. Kita amat menghargai perkara ini,” katanya.
Dato’ Avinderjit Singh, berkata sumbangan bekalan perubatan ini juga akan diberikan kepada masyarakat ketika bantuan makanan disampaikan dipelbagai daerah dari semasa ke semasa.
Kredit artikel https://www.facebook.com/100044238919228/posts/527708575380435/?d=n










