SYABAS DAN TERIMA KASIH BANGSA JOHOR
By admin
Julai 19, 2021
Syabas dan terima kasih saya ucapkan kepada rakyat Johor dan semua pihak yang terlibat dalam usaha pendaftaran vaksin Covid-19 yang kini sudah mencecah kadar 86.5% termasuk pejabat-pejabat daerah, agensi-agensi kerajaan negeri dan Southern Volunteers yang digerakkan sebulan yang lepas.
Sebanyak 2,346,163 Bangsa Johor sudah mendaftar untuk penerimaan vaksin setakat Ahad, 18 Julai 2021. Saya menyeru mereka yang belum mendaftar untuk melakukan pendaftaran secepat mungkin supaya kesejahteraan rakyat terjamin dengan imuniti kelompok dan pemulihan ekonomi Johor juga dapat bermula.
DYAM Mejar Jeneral Tunku Ismail Ibni Sultan Ibrahim, Tunku Mahkota Johor
