TAHNIAH BUAT ANGGOTA-ANGGOTA JMF SEBAGAI JUARA KESELURUHAN DALAM UJIAN KEMAHIRAN MENEMBAK GERUP GERAK KHAS
By Admin
April 01, 2022
Saya ucapkan tahniah buat anggota-anggota Askar Timbalan Setia Negeri Johor (Johor Military Forces) yang baru-baru ini telah berjaya menjadi juara keseluruhan dalam Ujian Kemahiran Menembak Gerup Gerak Khas.
Dalam lima acara yang dipertandingkan, JMF telah meraih keputusan yang membanggakan iaitu;
1. Johan Repal Acara 1 & 2
2. Johan Acara Jatuh Piring Peg/LLP
3. Johan Pistol Jatuh Piring Lelaki
4. Naib Johan Acara Jatuh Piring Pistol Jemputan
5. Tempat ketiga bagi Pistol Acara 1 & 2
Ini merupakan satu kebanggaan buat saya kerana ia membuktikan kecekapan anggota dalam mengendalikan senjata setelah berlatih dengan penuh dedikasi.
DYAM Mejar Jeneral Tunku Ismail Ibni Sultan Ibrahim, Tunku Mahkota Johor


