Skip to main content

SUMBANGAN KEWANGAN UNTUK MEMBANTU KANAK-KANAK SINDROM DOWN, KOH JIA WEI YANG MENGALAMI SAKIT JANTUNG BERLUBANG

Admin
April 01, 2022

DYAM Mejar Jeneral Tunku Ismail Ibni Sultan Ibrahim, Tunku Mahkota Johor berkenan menyampaikan sumbangan kewangan untuk membantu kanak-kanak sindrom down, Koh Jia Wei (berusia 1 tahun) yang mengalami sakit jantung berlubang.

Doktor telah mengesahkan bahawa anak kecil ini memerlukan pembedahan segera untuk pembetulan jantung kerana dia berisiko untuk mengalami kegagalan jantung dan akan memerlukan sokongan oksigen sepanjang hayatnya.

Cek tersebut akan disampaikan sendiri oleh pegawai DYAM Tunku Mahkota Johor kepada ibunya, Koh Bee Bee bagi menampung kos pembedahan segera dan rawatan agar anak kecil ini dapat kembali sihat. Allah Peliharakan Sultan.

© DYAM Pemangku Sultan Johor. Hakcipta Terpelihara.