Skip to main content

TERIMA MENGADAP DELEGASI KEMENTERIAN PEMBANGUNAN WANITA, KELUARGA DAN MASYARAKAT

Admin
Januari 05, 2023

DYAM Mejar Jeneral Tunku Ismal Ibni Sultan Ibrahim, Tunku Mahkota Johor dan YAM Che’ Puan Besar Khaleeda terima mengadap delegasi Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat yang diketuai oleh YB Dato’ Sri Hajah Nancy Shukri, Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat pada hari ini, 5 Januari 2023.

Mesyuarat ini diadakan bagi membincangkan usaha-usaha pelaksanaan perlindungan kanak-kanak serta kaedah menambah baik langkah penguatkuasaan undang-undang berhubung keselamatan kanak-kanak susulan jenayah membabitkan kanak-kanak yang kian meruncing sejak beberapa tahun kebelakangan ini.

Turut hadir dalam pertemuan tersebut adalah YB Puan Hajah Khairin-Nisa binti Ismail @ Md On, Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat Negeri Johor serta delegasi dari UNICEF yang diketuai oleh Puan Lee Su-Anne, Pakar Perlindungan Kanak-kanak dan Puan Thanam Visvanathan-Suresh, Presiden Johor Women’s League (JEWEL). Allah Peliharakan Sultan.

© DYAM Pemangku Sultan Johor. Hakcipta Terpelihara.